Apabila bayi anda mencapai umur 8 bulan, dia kemungkinan sudah bersedia untuk makanan yang boleh diambil dengan tangan (finger foods). Finger foods adalah makanan yang boleh diambil dan dimakan oleh bayi sendiri. Oleh kerana saiznya kecil, lembut dan dipotong dadu, bayi anda tidak memerlukan gigi untuk mengunyahnya.
Gusi bayi anda harus kuat dan tidak menghadapi masalah untuk menghancurkan makanan. Walau bagaimanapun, penting untuk anda melihat tanda-tanda yang menunjukkan bayi anda sudah bersedia.
Perhatikan 5 tanda ini:
- Boleh ‘mengunyah’ menggunakan gusi untuk menghancurkan makanan
- Mempunyai pegangan pincer yang baik (kemampuan untuk mengambil dan memegang objek antara ibu jari dan jari telunjuk)
- Boleh duduk tanpa bantuan
- Membuat gerakan mengunyah ketika makan makanan yang lebih pekat atau dilumat
- Mulai kehilangan minat terhadap makanan yang telah dikisar atau dilumat
Memperkenalkan Finger Foods
Berikut adalah beberapa contoh finger foods yang boleh dicuba oleh bayi anda:
- Buah lembut mentah yang dicincang – tembikai, pisang, atau avokado
- Bijirin yang dimasak – nasi, mi, atau pasta
- Roti atau roti bakar (dipotong menjadi jalur)
- Keju (dipotong menjadi batang)
- Bijirin berbentuk O
- Cracker untuk gigi
Masih Lapar? Ini Lagi Pilihan
Bayi berumur 8 bulan juga boleh mula makan:
- Potongan kecil daging (dimasak dengan sempurna dan tanpa tulang)
- Tahu
- Kacang yang dimasak dengan baik – lentil, kacang belah, pintos, atau kacang hitam
- Buah dilumat – pic atau pear
- Sayur dimasak dan dilumat – labu atau ubi manis
- Bijirin diperkaya zat besi – barli, gandum, atau oat
- Telur (dimasak dengan sempurna)
Lihat juga: Tips pemakanan penting untuk bayi 6-8 bulan | 10-12 bulan
Panduan ini hanya untuk maklumat dan tidak boleh digunakan untuk diagnosis atau mengubah rawatan perubatan. Sentiasa rujuk pakar kesihatan anda untuk nasihat.













Helpful Tips & Advice
Contact us
We're here to help with any queries you may have, click here to find how you can contact us.
Q&A with Experts
Click here to find the answers to some of our most frequently asked questions.
About us
Learn more about Little Étoile Malaysia — who we are, what we do, and how we support families.
Join Little Étoile Club
Join our Little Étoile community of experts, partners, and parents for trusted advice, support, and inspiration.